Halaman

Jawatan Kosong Kem. Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Terbuka


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui jawatan berikut :-

1. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT
(Pengurus Medan Infodesa)

2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun ke atas;
c) berkelayakan akademik :
i) Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii) Mempunyai kemahiran komputer ( Penyelenggaraan dan baik pulih komputer, Perisian Asas Komputer, Asas Pembinaan Laman Web
dan lain-lain ).

3. TARAF JAWATAN
Taraf Jawatan : Pekerja Khidmat Singkat (PKS)

4. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
a) Pelantikan 
Tuan/puan hendaklah berkhidmat dengan Kementerian/Jabatan yang ditetapkan.
b) Tempoh Perkhidmatan
i. Perkhidmatan tuan/puan adalah untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan mulai tarikh yang ditetapkan.
ii. Tuan/puan hendaklah berkhidmat tidak melebihi lima (5) jam tiap-tiap hari selama lima (5) hari seminggu untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dan kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan tuan/puan.
c) Latihan
Tuan/puan sekiranya didapati perlu, boleh diberi latihan sebelum
melaksanakan tugas yang ditetapkan.
d) Bayaran Perkhidmatan
i. Bayaran upah akan dibuat oleh Kementerian/Jabatan mengikut kerja berdasarkan output atau mengikut jam sebulan sekali sekiranya Pegawai Penyelia mengesahkan tuan/puan telah menyempurnakan tugas sebagaimana yang ditetapkan dengan memuaskan.
ii. Upah tidak akan dibayar bagi tempoh perkhidmatan yang kurang dari satu (1) jam. (*)

5. FUNGSI BIDANG TUGAS
a) Bertanggungjawab sebagai Pengurus Medan Infodesa (MID) dan mengawasi dan menyelia Pengurus MID Mukim/Kampung (jika berkenaan);
b) Membantu merancang pelaksanaan MID bersesuaian dengan arah tuju yang ditetapkan oleh Kerajaan;
c) Membantu mengurus dan melaksanakan operasi MID dengan cara inovatif dan proaktif sehingga MID dapat dimajukan ke tahap berkeupayaan (sustainability);
d) Merancang dan mengendalikan kursus-kursus latihan ICT bagi masyarakat luar bandar;
e) Mengemaskini Web Infodesa bagi MID;
f) Menjalankan fungsi sabagai “Info-mediator” dan “Info-mobilizer” kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan maklumat dari Web/Internet dan sebagainya;
g) Menyenggara komputer dan peralatan ICT lain di MID;
h) Mengurus kewangan dan akaun MID;
i) Melaporkan prestasi MID kepada KKLW dan Lembaga Pengurusan MID;
j) Menjaga kebersihan, keceriaan dan keindahan di MID dan kawasan sekitarnya;
k) Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh Tutup : Terbuka

PENGHANTARAN BORANG
a) Permohonan mestilah disertakan bersama dengan satu salinan (salinan perlu disahkan):
i) Resume/CV Bergambar
ii) Kad Pengenalan
iii) Sijil-Sijil Akademik (SPM,Diploma,Ijazah)
iv) Sijil-Sijil Ko-Kurikulum
b) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :


SETIAUSAHA BAHAGIAN
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
BAHAGIAN PENGUPAYAAN KOMUNITI DAN INFODESA
TINGKAT BAWAH, MIECC
JALAN DULANG, MINES RESORT CITY
43300 SERI KEMBANGAN
SELANGOR DARUL EHSAN 

Tarikh Tutup Permohonan: TERBUKA