Halaman

Jawatan Kosong Kolej Universiti INSANIAH Terbuka


Kolej Universiti INSANIAH memerlukan ahli akademik yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Ahli akademik yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan mengikut bidang seperti berikut :-
JAWATAN BIDANG
Pensyarah Syariah, Bahasa Arab, Usuluddin
Kewangan dan Perbankan Islam
Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Risiko dan Takaful
Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Halal,
Perakaunan, Teknologi Maklumat, Sains Komputer
Kreatif Multimedia, Senireka Grafik, Video Digital
Kejuruteraan (Elektronik, Telekomunikasi, Sistem Komputer, Teknologi Maklumat)
Kejururawatan, Perubatan

KELAYAKAN
(i)
Ijazah Doktor Falsafah [Ph.D] dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
(ii)
Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-  institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(iii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Warganegara)
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak / Sambilan
Tarikh Tutup : Terbuka
Alamat Permohonan :
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengemukakan maklumat diri beserta sekeping gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan kepada:
Pendaftar
Kolej Universiti INSANIAH
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
( u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
No. Tel: 04-732 0163    Faks: 04-7320164